Mnyembuhkan luka
Untuk mengubati luka, ambil beberapa helai daun jambu batu kemudian cuci
dan giling hingga lumat. Selepas itu tempelkan pad aluka dan balut dengan
kain. Tukar kain pembalut dan ramuan daun jambu sebanyak tiga kali sehari
sehingga luka sembuh. Air rebusan daun dan kulit batang jambu batu juga boleh
digunakan untuk mencuci luka kerana daun dan kulit batang jambu batu mengandungi
zat anti bakteria yang dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit
Cirit-birit
Bagi mengatasi masalah cirit-birit, rebus daun jambu sebanyak 15
hingga 30 gram dan minum
Mengurangkan kolesterol
bagi mereka yang menghadapi masalah paras
kolesterol yang tinggi dalam darah, amalan memakan jambu batu setiap hari bleh
mengatasi masalah ini. Dikatakan amalan ini dapat membantu mengurangkan
kolesterol sebanyak 18.8 peratus dalam masa seminggu.
Ulser
mulut
Ambil segenggam daun jambu batu bersama sedikit kulit batangnya. Cuci
hingga bersih dan rebus. Biarkan seketika sebelum ditapis dan diminum
iarnya.
Hilangkan bau peluh
Hiris buah jambu nipis-nipis dan
keringkan. Kemudian tumbuk atau giling hingga lumat. Sapukan pada ketiak untuk
mengatasi bau peluh.
Tegangkan kulit wajah
Untuk mendapatkan kulit
yang tegang dan cantik, ambil beberapa helai daun jambu batu dan kulit rambai.
Tumbuk bahan-bahan ini hingga lumat dan gunakannya seperti menggunakan masker di
wajah.
No comments:
Post a Comment