Petua mengatasi masalah jerawat

Cara-caranya:
1. Ambil segenggam atau dua pucuk daun jambu batu yang masih muda.
2. Kemudian, anda rebus pucuk jambu tersebut
sehingga mendidih.
3. Setelah itu, tuangkan sedikit air rebusan
pucuk jambu ke dalam bekas dan biarkannya suam.
4. Ambil sehelai tuala bersih, basahkannya ke
dalam air rebusan tadi dan laplah ke seluruh muka anda.
5. Bila muka anda dah kering, lapkan muka anda
lagi dengan tuala (ulangi proses no. 4 sebanyak 2 atau 3 kali).
6. Pada malam hari pula, anda rebuslah lagi
pucuk jambu sampai mendidih.
7. Kemudian, basahkan tuala bersih ke dalam air
rebusan yang masih panas ataupun yang telah suam.
8. Seterusnya, perahkan sedikit tuala tadi dan
tekapkannya pada muka anda. Biarkannya lebih kurang dalam 5 minit.
9.
Ulangi langkah 7 dan 8 di atas juga sebanyak 2 atau 3 kali.
Bagi mendapatkan kesan yang lebih optimum,
selepas anda selesai melakukan langkah no.9, ikutilah pula langkah
berikut;
10. Ambil ibu
kunyit dan belah dua.
11. Kemudian, gosokkan bahagian dalam ibu
kunyit yang telah dibelah pada jerawat anda secara perlahan-lahan. Lakukan
proses ini selama 10 minit.
Anda mungkin akan rasa pedih ketika melakukan
proses ni.
12. Akhir sekali, bilaslah muka anda dengan air
bersih.
No comments:
Post a Comment